Bahasa Melayu STPM Penggal 3 (Retorik)

BAHASA MELAYU STPM PENGGAL 3 
NOTA SIMPLE je guys 

RETORIK 

Definisi
ØSeni penggunaan bahasa yang indah untuk menarik perhatian pendengar. 

Jenis-Jenis Retorik

A. RETORIK PEMERIAN
lCiri - ciri

- Menggunakan bahasa yang jelas & tersusun.
- Tiada unsur penilaian, pandangan atau ulasan peribadi.
- Menghasilkan gambaran realistik berdasarkan deria.
- Bersifat diskriptif & informatif.

lContoh

Pengganas ISIS yang dikehendaki oleh polis antarabangsa itu telah disahkan berwarganegara Iraq dan berumur dalam lingkungan 25-30 tahun. Berketinggian lebih 1.8 meter, berkulit cerah, berbadan gempal, bermuka bengis, berjambang, mempunyai mata berwarna coklat, berkepala botak, dan mempunyai tatu tengkorak sebesar tapak tangan di bahu kiri.

B. RETORIK PEMUJUKAN
lCiri - ciri

        - Banyak menggunakan kata penguat.
- Mementingkan kehalusan berbahasa.
- Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.
- Kadangkala terdapat unsur jaminan & ganjaran.
- Menggunakan aspek psikologi dalam berbahasa untuk
mempengaruhi audiens agar mengubah pendirian,
pandangan atau kepercayaan.

lContoh
  
Inilah satu-satunya peluang anda untuk memiliki Proton Preve dengan potongan harga yang paling menarik. Segeralah rebut peluang ini, sementara stok masih ada.
C. RETORIK PENCERITAAN
lCiri - ciri

- Berbentuk lisan atau tulisan.
- Bersifat imaginatif dan kreatif.
- Mengandungi kohensi & koheren.
- Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa.
- Menggunakan gaya bahasa yang menarik & indah.
- Memaparkan peristiwa mengikut turutan tertentu.

lContoh

Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat, lahir 5 Mac 1951, ialah seorang kartunis Malaysia. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia. Karya Lat yang paling terkenal ialah Kampung Boy yang telah diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Lat banyak berjasa dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

D. RETORIK PENDEDAHAN
lCiri - ciri

        - Berbentuk lisan atau tulisan.
- Menjelaskan konsep atau istilah.
- Menghuraikan sesuatu topik secara objektif.
- Menggunakan teknik pentakrifan & analisis.
- Huraian jelas & maklumat berdasarkan fakta sebenar.
- Memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada audiens dengan berkesan.

lContoh  

Apakah itu harimau belang? Harimau belang yang juga dikenali sebagai Pak Belang merupakan spesies kucing besar. Harimau belang berasal dari Asia Timur dan Selatan. Harimau belang merupakan pemangsa bagi haiwan-haiwan herbivor.

* retorik pendedahan - sesuatu yang ilmiah (cth: dasar-dasar negara, penyakit dll.) 

E. RETORIK PENGHUJAAN
lCiri - ciri

        - Disampaikan dengan jelas & berkesan.
- Menggunakan teknik penyampaian secara deduksi, induksi atau analogi.
- Memerlukan khalayak bersetuju & yakin akan pendapat yang dikemukakan.
- Mempunyai usul, gagasan atau usul & gagasan yang disokong dengan hujah yang kuat.

lContoh  

Kaum wanita perlu diberi ruang yang lebih luas untuk menerajui kepimpinan negara dan jabatan, kerana wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu menggalas cabaran dalam merealisasikan segala visi dan misi negara. 





Comments